Rabu, 4 Jun 2008

Minyak Naik






RM 2.70 seliter petrol dan RM 2.50 seliter bagi diesel adalah merupakan hadiah BN kepada rakyat Malaysia. Hadiah diberi tatakala rakyat berdepan dengan krisis kenaikkan harga bahan makanan dek kerana kekurangan stok makanan, maka diatas sifat prihatinnya kerajaan BN terhadap seluruh rakyat- lalu kenaikkan kos bahan api adalah merupakan satu hadiah paling berharga untuk rakyat.


Kerajaan terpaksa menaikkan kos bahan api ini kerana kantung kerajaan yang berisi wang rakyat hendak dibelanjakan keatas projek impian Perdana Menteri yakni "koridor utara, selatan dan timur". Projek yang menelan ratusan "Bilion" wang rakyat ini hendaklah disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan, para kontraktor dan kroni amat memerlukan wang tersebut demi mempertahankan empayar kekayaan mereka agar tersenarai selaku orang terkaya di Malaysia dan Asia.


Kenaikkan ini pula dijamin hanya untuk rakyat kelas menengah dan atasan, TIDAK kepada rakyat kelas bawahan. Rakyat kelas bawahan akan dibayar apa yang disebut sebagai subsidi sekiranya memperbaharui cukai jalan yang telah tamat tempohnya. Bayaran akan dibuat melalui "wang pos" bagi mengelak berlakunya penyelewengan yang sering berlaku dibawah pentadbiran kerajaan BN. Untuk tempoh setahun sebelum tamatnya cukai jalan, rakyat wajiblah bertahan dengan menanggung kenaikkan bahan api yang terlalu sedikit ini berbanding Negara pengimport minyak yang lain.Suka diingatkan tawaran ini hanya sah untuk pemilik motosikal dan kereta, TIDAK untuk yang berbasikal dan pejalan kaki walaupun rumah mereka atau kehidupan mereka dijana oleh mesin Generator! mereka ini kirim salam hendak merasa subsidi keramat ini.


Disamping itu para peniaga dan pengusaha di beri amaran keras agar tidak menaikkan harga barang makanan serta kos perkhidmatan, kerana kenaikkan kos bahan api tidak kena mengena dengan harga makanan mahupun perkhidmatan. Sekiranya mereka berdegil kerajaan tidak dapat melakukan apa-apa melainkan melahirkan rasa simpati pada rakyat.


Oleh yang demikian seluruh rakyat Malaysia harus bersiap sedia dengan "misteri kehilangan barang keperluan harian" di kedai dan pasaraya berdekatan.Ini merupakan fenomena biasa yang dilalui rakyat sejak Merdeka 50 tahun! tiap kali kerajaan "terpaksa" menaikkan kos bahan api.


Akhir kata, terimalah madah pujangga ini untuk renungan bersama:


"Hari ini Minyak naikLah lagi,

mereka kata tak boleh buat apa lagi,

apa kita nak buat,biarlah tinggal gigi dan gusi,

lain kali undilah BN lagi...."

Kerajaan Tiada Duit Untuk Subsidi minyak?

 

Assalamualaikum… Dan Salam Sejahtera…

Sebelum ke cerita bawah, saya nak cerita sikit.

Saya ada teman yang suka memancing. Setiap kali balik dari memancing, dia akan dapatkan anak bongsu nya berumur 6 tahun. Teman saya dan isterinya sedang cuba pisahkan anak itu dari menyusu botol.

Terjadi satu hari, teman saya balik dan mendapati anaknya sedang menangis kerana sedang dipaksa minum melalui cawan. Rupanya si ibu telah sembunyikan botol susu anak itu sambil memberi tahu botol susunya telah hilang. Si anak pula meminta ayahnya membeli yang baru. Si ayah memberi tahu dia tidak ada duit nak beli botol susu mahal. Si anak mengamuk dan katakan pada si ayah:

"Ayah tipu! Ayah pi pancing ikan tiap hari ahad boleh, beli tu takleh!"
Tergamam si ayah dan ibu.

Begitulah juga kita di Malaysia ini. Si pemerintah BN sentiasa cuba memperbudakkan rakyat.

Apapun, saya setuju dengan cadangan sahabat sepejuangan. Hang simpan semua fakta kalau boleh buatlah satu aktikal untuk rujukan rakan-rakan kita setiap kali BN mengeluarkan hujah penipuan mereka.

PEMBAZIRAN DUIT RAKYAT…

1. Kerugian Bank Islam RM480 Juta
2. Cadangan membina Pusat Sukan London RM490 Juta
(komplek-komplek sukan dalam negara pun dibiarkan tampa diguna)

3. Penerbangan Malaysia Bhd Bayar Gantirugi kpd MAS RM650 Juta
4. Cadangan Kerajaan Beli Balik ECM Libra RM830 Juta*
5. Kerugian TNB di Indonesia RM250 Juta
6. Projek Islamic Civilisation Pulau Wan Man RM250 Juta
7. Kerugian Pelaburan Unit Trust KWSP RM 600 Juta
8. Kerugian Matrade RM160j + tambah rugi RM12j RM 172 Juta

Tambahan

9. Komisen pembelian Scorpene + Sukhoi - RM 600 JUTA
10. Pembelian Jet VIP Baru RM 200 Juta
(sedangkan kerajaan sudah mempunyi 4 buah jet VIP. Kenapa harus dibeli lagi?)

11. Penganjuran Monsun Cup RM 200 Juta
12. Pembaikan Tiang MRR2 - Jutaan (tok sami buat apa?)
13. Pembayaran wang kerajaan kepada Pihak Konsesi Tol
(seperti di laporkan pebankang ) --- RM 4.85 billion

14. Pengagihan wang rakyat kepada setiap bahagian Umno
(RM 200 juta kenapa di beri kepada umno tidak kepada rakyat sedangkan ini wang RAKYAT?)

15. Tandas canggih Di sekitar KL – mampukah rakyat mengunakanya?
16. Eye On Malaysia - RM 30 Juta
(sedangkan ada sesetengah ibu bapa masih mengikat perut untuk mehantar anak-anak mereka ke sekolah adakah golonggan ini mampu untuk besuka ria)

17. Bailout untuk syarikat GLC sakit ( Star LRT , MAS ..etc ) - RM 11 Billion
18. Kos pembaikan Parlimen tiga tahun lepas- RM 99 juta
( meningkat dari bajet asal RM 39 JUTA )Jumlah sekarang ? kena kira sendiri .... hhmmm

Soalnya sekarang kenapa kerajaan BN tidak sanggup keluarkan sedikit pebelanjaan (subsidi) untuk skim pinjaman buku teks untuk rakyat?. Kita lihat harga petro masih lagi tidak diturunkan sedangkan harga petro dipasaran dunia sekarang sudah turun kepada US$50 setong. Kenaikan Tol dan ini semua membuat kos sara hidup meningkat.

Mungkin ada segelintir dari kita merasakan kenaikan harga-harga barang ini tidak menbebankan, tapi diluar sana masih ada lagi insan-insan yang berpendapatan kurang dari RM500 sebulan untuk menyara sebuah keluarga. Adakah nasib mereka ini tidak perlu dibela kerana mereka bukan ibu, bapa, adik, abang, kakak atau saudara mara kita?.

Sanggupkah kita mendengar tanggisan anak-anak kecil yang kelaparan?
Sanggupkah kita melihat anak-anak ini tidak bersekolah?
Sanggupkah kita diperbodohkan lagi oleh kerajaan BN dengan alasan-alasan yang bodoh?

Kena simpan artikel ini...
Update bila perlu...boleh dikeluarkan balik masa pilihanraya nanti, sebab masih ada lagi golonggan manusia dungu yang hanya memetingkan dirinya sendiri, manusia dungu yang percaya bulat-bulat akan pemerintah BN, manusia dungu yang mahukan islam tapi islam hadhari yang tidak ambil kisah masalah MURTAD, RASUAH, MAKSIAT, bab-bab HALAL HARAM dab sebagainya golonggan ini diberi nama melayu mudah lupe..

Sekian saja…..

P/S: Bagunlah wahai anak bangsaku demi Negara yang tercinta ini…
Ayuh… kita tumbangkan kerajaan BN dalam pilihan raya ke 12.
REFORMASI……ke ARAH MALAYSIA ADIL